HABBAT – IMMUNE BOOSTER
Original price was: RM75.00.RM70.00Current price is: RM70.00.

Habbat – Immune Booster
30 Tablets/bottle
HABBAT – Makanan kesihatan yang diformulasi daripada habbatussauda’, monk fruit, vitamin dan garam mineral. HABBAT membantu mengekalkan kesihatan secara menyeluruh dengan bertindak sebagai “immune booster”, membantu meningkatkan imunisasi badan dan mengurangkan inflamasi (keradangan), membantu meningkatkan tenaga untuk kecergasan sepanjang hari. HABBAT dikategorikan sebagai makanan, sesuai untuk kanak-kanak sehingga dewasa. Produk ini merangkumi pelbagai aspek penjagaan sistem imun dan daya tahan badan mengikut aspek perubatan Islam, perubatan tradisi dan masa depan. HABBAT diformulasikan oleh pakar perubatan tersohor, Professor Dr Mustafa Ali Mohd.
Soalan Lazim (FAQ)
Apakah itu HABBAT?
HABBAT adalah makanan kesihatan yang dirumus khas daripada habbatus sauda’, garam mineral dan vitamin. Habbat diformulasikan oleh Prof. Dr Mustafa Ali Mohd (Prof. Mus), pakar Farmakologi & Toksikologi yang terkenal di Malaysia dan antarabangsa.
Adakah HABBAT dikategorikan sebagai ubat?
HABBAT dikategorikan sebagai makanan, dan bukannya ubat.
Apakah keistimewaan HABBAT?
HABBAT mengandungi antioksidan yang membantu memperkuatkan sistem imun badan dan mempunyai kesan anti-radang. Ia diformulasikan dan dibuat dalam bentuk tablet supaya boleh diambil dalam dos yang terkawal dan boleh diambil secara berterusan tanpa mendatangkan kesan sampingan. Ia juga dikenali sebagai Immune Booster.
HABBAT membantu mengurangkan keradangan (inflamasi), seterusnya mengurangkan kesakitan dan memberikan keselesaan dengan membantu mengurangkan masalah yang dihadapi.
HABBAT boleh diambil bersama dengan ubat hospital dan ia tidak mendatangkan kesan sampingan. Ini amat memudahkan pesakit tertentu yang perlu mengambil ubat hospital mengikut tempoh yang ditetapkan tanpa perlu berhenti atau penjarakan masa pengambilan. Pada masa yang sama, mereka dapat mengambil manfaat daripada khasiat HABBAT untuk meningkatkan imun badan dan mengurangkan keradangan (inflamasi).
HABBAT rasanya yang sedap, manis dan berperisa oren, amat digemari dan mudah diambil oleh pelbagai lapisan umur dari kanak-kanak hingga ke dewasa/warga emas.
HABBAT mudah diambil dengan meletakkannya di mulut/lidah, dihisap atau dikemam secara perlahan-lahan tanpa perlu dikunyah, ia akan cair & terus diserap ke sistem pencernaan tanpa ia sampai ke perut. Dengan cara ini ia tidak rosak bercampur dengan asid dan makanan. Kesannya berlipat kali ganda berbanding dengan kapsul dan jika ditelan. Jadi HABBAT boleh dimakan pada bila-bila masa sebelum atau selepas makan.
Bagaimanakah penggunaan HABBAT?
HABBAT boleh dimakan oleh kanak-kanak yang berumur 1 tahun ke atas sehingga ke dewasa. Pengambilan biasa HABBAT adalah seperti berikut:
1) Kanak-kanak : 1 biji tablet setiap pagi atau malam
2) Dewasa: 1 biji tablet pada waktu pagi dan 1 biji tablet pada waktu malam.
Bagi mereka yang menghadapi masalah kesihatan, mulakan rawatan dengan dos yang tinggi iaitu 2 biji tablet pada waktu pagi dan 2 biji tablet pada waktu malam selama seminggu secara konsisten. Kemudian diteruskan 1 biji pagi dan 1 biji malam seperti biasa.
Pastikan kaedah pemakanan HABBAT yang betul, iaitu dikemam atau dihisap di dalam mulut secara perlahan-lahan sehingga habis, kemudian diulangi untuk tablet ke-2 atau seterusnya bagi mereka yang memerlukan dos yang lebih tinggi. Sila dapatkan nasihat pemakanan daripada wakil jualan untuk mengetahui dos yang sesuai untuk kesan yang optimum.
Habbat boleh diambil ketika perut kosong (sebelum sarapan) atau selepas makan dan sebelum tidur.
Berapakah isi kandungan Habbat?
Adakah mereka yang berpenyakit boleh mengambil HABBAT?
Mereka yang mempunyai penyakit boleh mengambil HABBAT sebagai makanan kesihatan untuk membantu meningkatkan sistem imun dan ketahanan badan serta mengurangkan keradangan/inflamasi. Walau bagaimanapun, mereka perlu meneruskan ubat yang diberikan oleh pihak doktor/hospital dan perlu mendapatkan khidmat nasihat dari pakar Farmakologi & Toksikologi, Professor Dr Mustafa Ali Mohd (pengasas HABBAT) atau wakil jualan untuk mengetahui cara penggunaan HABBAT yang betul dan sesuai dengan jenis penyakit yang dihadapi untuk kesan yang optimum.

Habbat - Immune Booster
Habbat - Immune Booster
HABBAT - Makanan kesihatan yang diperkaya dengan habbatussauda’, vitamin dan garam mineral. HABBAT membantu mengekalkan kesihatan secara menyeluruh dengan bertindak sebagai “immune booster”, membantu meningkatkan tenaga untuk kecergasan sepanjang hari. HABBAT dikategorikan sebagai makanan, sesuai untuk kanak-kanak sehingga dewasa. Produk ini merangkumi pelbagai aspek penjagaan sistem imun dan daya tahan badan mengikut aspek perubatan Islam, perubatan tradisi dan masa depan. HABBAT diformulasikan oleh pakar perubatan tersohor, Professor Dr Mustafa Ali Mohd.
BIODATA PROF. DR. MUSTAFA ALI MOHD:
- Pakar Farmakologi & Toksikologi
- Professor di Mahsa University
- Felo di Akademi Sains Malaysia (2013-)
- Mantan Expert Panel Member di WHO
- Mantan Timbalan Pengarah di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) (2010-2013)
- Mantan Timbalan Dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya (2006-2010)
ANUGERAH:
- One of Top Research Scientist Malaysia (TRSM) (2012)
- Excellent Scientist Award, Ministry of Higher Education Malaysia (2005).
- Gold Medal at 33rd International Exhibition of Inventions, New Techniques and Product of Geneva (2005)
Additional information
Weight | 0.1 kg |
---|
Reviews
There are no reviews yet.